Tuesday 2 February 2010

Cara Mudah Menjahit Langsir - Noraini Margono

Tajuk Buku : Cara Mudah Menjahit Langsir
Editor : Noraini Margono
Penerbit : Utusan Publications & Distributions
Mukasurat : 80 halaman
Cetakan Pertama : 2006
ISBN : 9676117951
Harga : RM 29.00

Sinopsis Buku :

Cara Mudah Menjahit Langsir menyediakan panduan mudah untuk menjahit langsir sendiri. Panduan diberikan untuk memilih kain langsir yang sesuai berdasarkan paten yang dipilih. Panduan mengambil sukatan kain juga diberikan. Di samping itu disediakan juga cara mengunting, menjahit dan mencantumkan langsir mengikut paten yang dipilih.

Buku ini disediakan oleh penulis yang mempunyai pengalaman luas dalam mereka, menjahit dan mengajar membuat langsir. Adalah diharapkan melalui buku ini, anda boleh menjahit sendiri langsir di rumah anda. Malah ia boleh menjadi sebagai sumber pendapatan yang baik jika anda telah mahir. Anda pastinya mampu mereka paten langsir mengikut kesukaan sendiri dengan belanja yang lebih murah.


Isi Kandungan Buku :
Pencil Pleat, Puff Curtain, Ombak Pasir, Pleated Skirt, Angsana Scallop, Princess Scallop, Apron Style Curtains, Twisted Curtains, Formula Span Heading, Pleated Skirt Span Heading, Double Pleat, Bell Pleat

Biodata

Wednesday 13 January 2010

Sulaman Benang & Manik Labuci - Rosita Jaafar

Tajuk Buku : Sulaman Benang & Manik Labuci
Editor : Rosita Jaafar
Penerbit : Utusan Publications & Distributions
Mukasurat : 302 halaman
Cetakan Pertama : 2004
Ulang Cetak : 2005, 2006
ISBN : 9676115746
Harga : RM 60.00
Kos Pos Laju : RM 15.00


Sinopsis Buku :
Buku ini mengandungi 300 jenis jahitan sulaman benang, manik serta labuci. Memuatkan panduan dari peringkat asas jahitan sulaman hingga ke kompleks. Memaparkan kreativiti idea yang unik, menarik, klasik, moden serta kontemporari.

Cara sulaman daripada lakaran bunga-bungaan, dedaunan dan corak grafik tradisi hingga ke peringkat mencantumkan rekaan sulaman, khusus untuk menghasilkan keunikan.

Setiap contoh sulaman dapat memberi idea sebelum mereka pakaian, alas meja, sarung kusyen, alas pinggan, set alas katil atau hiasan. Gambar dan ilustrasi yang jelas membantu anda memahami dengan mudah.

Isi Kandungan Buku :
Pengenalan
Warna Fabrik, Jahitan Sulaman, Sulaman Tangan, Tip Sulaman Tangan, Contoh Jahitan Sulaman, Algerian, Jahitan ke Belakang, Jahitan Banksia Rose, Jahitan Bulion, Bulion Ros, Lubang Butang, Lubang Butang Tertutup, Lubang Butang-Variasi, Lubang Butang Bergelung, Lubang Butang Roda, Berantai, Rantai Berasingan, Rantai Terbuka, Rantaian Berisi, Jahitan Coral, Couched Trellis, Rosette, Rantai Berpintal, Cement Berpintal, Couching, Couching-Bokhara, Couching Loket, Pangkah, Dua Silang PangkahDarning, Eyelets-Berlian, Eyelets-Cara Bebas, Eyelets-Kipas, Eyelets-Segi Empat, Feather, Feather-Rapat, Feather-Sepasang, Paku Pakis, Paku Pakis-Variasi, Tulang Ikan, Terbang, Ikatan Empat Berkaki, Ikatan French, Dua Ikatan French, Ikatan Berisi French, Ikatan French-Variasi, Jenis Jahitan Tepi, Dua Kelim, Kelim Berenda, Kelim Bertangga, Kelim Zigzag, KelimHerringbone, Herringbone Tertutup, Threaded Herringbone, Lazy Daisy, Lazy Daisy – Sepasang, Lazy Daisy - VariasiDaun, Daun Ekor Kipas, Daun Berbintang, Garisan – Bargello, Garisan – Byzantine, Garisan – Kusyen, Garisan – Milanese, Garisan – Motif, Garisan, Hungarian Point Pattern, Panjang & Pendek, Panjang & Pendek, Membentuk & BertonaMacreme, Norwich, Cretan Terbuka, Garisan Luar, Kumpulan Rantaian, Timbul, Cawan Bertimbulan, Kumpulan Tangkaian, Timbul, Tenunan Timbul Picots, Random, Jahitan Rhodes, Roumaniam, Roumaniam Couching, Selari, Dua Selari, Renda Dalaman Selari, Cemeti Selari, Satin, Smocking, Smocking – Kabel, Smocking - Tangkaian & Contoh, Smocking - Berbentuk Berlian, Smocking - Sarang Lebah, Smocking - Ruang Sarang Lebuh, Smocking - Berombak & Berlapis, Stem, Lurus, Surface Darning, Trailing, Tramming, Wheatear, Tenunan Sarang Lebah, Tenunan Berputar, Tenunan Berputar – Variasi, Zigzag, Contoh Rekaan Sulaman Benang, Huruf-huruf Abjad, Corak dan Sempadan, Jahitan Lehir, Mata Lalat, Tulang Belut, Taburan Pelbagai Manik dan Labuci, Jahitan Manik, Labuci & Manik Asas, Bunga Bersesungut Indah, Bunga Bersesungut Indah, Jambangan Manik, Manik Bercabang, Manik Penuh Rapat, Jejari Lipan, Deretan Kepingan Labuci, Mutiara Berantai, Manik Ceri, Manik Susunan Beriring, Daun Selinder/Bulat, Bunga Dahlia, Labuci Bertindih (Asas), Manik Timbul, Teratai Segar, Bunga Lalang, Manik Bebas Bahagian Dalam, Labuci Berlapis, Manik Berbaris, Bunga Melur, Manik Bebas Bahagian Luar, Bunga Ekor Merak, Ros Mekar, Bunga Berputik, Manik Tali Air, Daun Separuh Penuh, Bulatan Berlabuci, Manik Bersayap, Manik Bintang, Tapak Sulaiman, Manik Stem, Daun Lintang, Manik Tiga Serangkai, Corak Rekaan Sulaman Manik, Labuci, Dua Gabungan, Manik Tampalan, Drakula, Berkumpulan, Flora & Fauna, Grafik, Unik, Garisan Leher Baju Kurung, Garisan Leher Baju Kebaya, Garisan Hujung Baju Kebaya, Rekaan Bebas, Konsep Laces, Konsep Fabrik , Konsep Songket
Biodata

Seni Jahitan Pakaian Pengantin - Rosita Jaafar

Tajuk Buku : Seni Jahitan Pakaian Pengantin
Editor : Rosita Jaafar
Penerbit : Utusan Publications & Distributions
Mukasurat : 258 halaman
Cetakan Pertama : 2004
ISBN : 9676115886
Harga : RM 59.00
Pos :

Sinopsis Buku :
Buku ini memaparkan lebih daripada 70 jenis rekaan Tradisi & Barat. Cara melakarkan pola asas dengan tepat mengikut ukuran individu. Cara asas yang membawa penggemar fesyen memahami dari peringkat awal.

Cara mencantumkan kebaya, baju kurung serta korset, yang menjadi idaman setiap pengemar fesyen. Buku ini dapat menjadi panduan utama kerana ia mudah difahami berbantukan gambar dan rajah.

Buku ini dimantapkan lagi dengan rekaan dan lakaran sempurna pakaian petang, sesuai untuk majlis rasmi formal atau koktail, majlis pembukaan rasmi produk berjenama, majlis perkahwinan atau majlis meraikan ulang tahun syarikat.

Buku ini juga memuatkan rekaan-rekaan tradisi, klasik moden, pakaian petang serta pakaian pengantin barat dan tradisi.

Isi Kandungan Buku :
Senang Dijahit, Selesa Dipakai, Pakaian Pengantin, Pakaian Pengantin Barat, Pakaian Petang, Pengantin Moden, Klasik Moden, Ukuran Badan, Cara Melukis Pola Asas, Cara Menjahit Cantum Kebaya Tradisi, Cara Menjahit Cantum Baju Kurung, Cara Menjahit Cantum Korset

Sajian, Keraian, Perancangan, Penyediaan & Resepi - Noraini Sidek

Tajuk Buku : Sajian, Keraian, Perancangan, Penyediaan & Resepi
Editor: Noraini Sidek
Penerbit : Utusan Publications & Distributions
Mukasurat : 371 halaman
Cetakan Pertama : 2004
ISBN : 967611507x
Harga : RM 49.90

Sinopsis Buku :
Sajian Keraian, Perancangan, Penyediaan & Resepi menyediakan panduan untuk membantu anda membuat perancangan dan pengendalian apa jua jamuan-sama ada sempena rumah terbuka, makan malam atau high-tea secara formal ataupun tidak. Setiap majlis dicadangkan hidangan yang sesuai, namun anda boleh mengubahsuai mengikut cita rasa sendiri. Di samping itu buku ini juga memuatkan pelbagai resipi seperti lauk-pauk, kuih-muih, biskut, puding dan minuman.

Buku ini amat sesuai bagi suri rumah tangga, peniaga, pelajar dan mereka yang berminat dalam bidang masakan. Semua resipi yang disediakan telah diuji dan mudah disediakan. Ia juga dipenuhi dengan gambar berwarna di atas kertas bermutu bagi setiap biskut dan kek yang dinyatakan.

Isi Kandungan Buku :
Penyediaan Asas, Kaedah Merai Dan Peradapan Mengikut Majlis Keramaian, Jenis-jenis Lipatan Napkin, Buffet, Peradaban Meja Mengikut Majlis Keraian, Makan Malam Ala Barat, High Tea, Bufet Antarabangsa, Steam Boat, Rumah Terbuka Aidilfitri, Hidangan Mesra Wanita, Majlis Pertunangan, Hiasan Meja Pengantin, Barbeku, Majlis Hari Ulang Tahun Kanak-kanak, Pilihan-pilihan, Hidangan Untuk Sarapan Pagi Secara Bufet, Majlis Doa Selamat, Makan Malam Ala Cina, Resepi Pelbagai

Roti, Kek dan Pastri - Norani Sidek

Tajuk Buku : Roti, Kek dan Pastri
Editor: Norani Sidek
Penerbit : Utusan Publications & Distributions
Mukasurat : 205 halaman
Cetakan Pertama : 1999
ISBN : 9676107522
Harga : RM 46.50
Pos :

Sinopsis Buku :
Pernah mencuba tetapi gagal? Kek bantat, roti tidak naik atau pastri terlalu peroi? Jangan bimbang kerana buku ini menyediakan semua resipi yang sudah diuji jadi. Resipi-resipi yang dikemukakan terhasil daripada gabungan pengalaman penulis dan rujukan mendalam yang kemudiannya diubahsuai. Jadi anda tidak perlu ragu sama ada masakan anda bantat atau tidak naik apabila mencuba resipi-resipi dalam buku ini.

Selain resipi, buku ini juga mengandungi panduan lengkap memasak roti, kek dan pastri. Bagi bahan-bahan yang sukar diperoleh buku ini mencadangkan bahan-bahan tempatan yang mudah didapati. Ketahuilah kesalahan-kesalahan yang biasa dilakukan sehingga menyebabkan masakan anda tidak menjadi dan cara-cara mengatasinya.

Sebagai bonus, buku ini turut memuatkan cara-cara menghias kek, menyediakan sos manis, biskut dan aiskrim. Segalanya yang anda bayangkan apabila menyebut tentang roti, kek atau pastri!

Penulis Norani Sidek ialah Pensyarah Kanan Kajian Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Institut Teknologi Mara (ITM) menujukan buku ini khusus buat para pelajar Kajian Pengurusan Hotel dan Pelancongan. Buku ini juga sesuai dijadikan rujukan oleh pelajar Ekonomi Rumah Tangga; ahli masakan profesional atau amatur; mereka yang berminat dalam bidang masakan dan ingin memperbaiki atau menambah pengetahuan serta koleksi masakan mereka.

Masakan Tradisi Johor -

Tajuk Buku : Masakan Tradisi Johor
Editor : Halimah Shuib
Penerbit : Utusan Publications & Distributions
Muka surat : 120 halaman
Cetakan Pertama : 2005
ISBN : 9676116866
Harga : RM39.00
Pos :
Sinopsis Buku :
Masakan tradisi lazimnya dikaitkan dengan penggunaan pelbagai rempah-ratus tempatan. Ia mementingkan keaslian rasa dan rupa masakan sekali gus memberikan nilai dan khasiat pemakanan tersendiri untuk para penggemarnya. Kombinasi rempat-ratus seperti jintan manis, cengkih dan kayu manis ditambah dengan ulam-ulaman dan hasih semula jadi hutan yang terdiri daripada daun, bunga dan buah biasanya menjadi bahan utama dalam masakan tradisi. Ia bukan hanya membangkitkan aroma makanan bahkan turut memberi nilai pemakanan yang terbaik.
Ia juga dipenuhi dengan gambar berwarna di atas kertas bermutu bagi setiap masakan yang dinyatakan.

Kek Lapis Sarawak Jilid 2 - Rabiah Amit

Tajuk : Kek Lapis Sarawak Jilid 2
Editor : Rabiah Amit
Penerbit : Utusan Publications & Distributions
Muka surat : 83 halaman
Cetakan Pertama : 2005
ISBN : 967611670x
Harga : RM 34.00
Pos : 500 g
Sinopsis Buku :
Terdapat 40 resipi kek lapis yang enak dan pelbagai corak. Buku ini dihasilkan oleh pakar dalam membuat kek lapis Sarawak iaitu Puan Rabiah Amit. Segala kepakaran dan pengalamannya dalam menghasilkan kek lapis Sarawak dicurahkan dalam buku ini. Resipi yang disediakan amat mudah dan senang untuk diikuti oleh semua peringkat walaupun tidak mempunyai asas dalam penyediaan kek lapis. Sekiranya anda mempunyai kemahiran, pelbagai corak kek lapis dapat dihasilkan dengan panduan buku ini.

Ia juga dipenuhi dengan gambar berwarna di atas kertas bermutu bagi setiap kek yang dinyatakan.
Isi Kandungan Buku :
Kek Lapis
Kek Walnat Aiskrim, Kek Permata Epal, Kek Rozel Sri Sarawak, Kek Payung Negara, Kek Mawar Hitam, Kek Srikandi, Kek Krispi, Kek Holiday Inn, Kek Daun Hijau, Kek Cenderai Manis, Kek Lapis Buah Coklat, Kek Cincin Permata, Kek Lapis Citrawarna, Kek Sisik Ikan, Kek Seroja

Kek Lapis Gulung (Roll)
Kek Fenomena, Kek Mozek, Kek Puteri Santubung, Kek Kristal, Kek Pelangi, Kek Klasik, Kek Fido Dido, Kek Cinta Tiga Musim, Kek Bulu merak, Kek Domino

Kek Lapis Bercorak
Kek Lapis Puteri Impian, Kek Lapis Catalina, Kek Lapis Wawasan 2020, Kek Sunflower, Kek Lapis Mawarku, Kek Zibra, Kek Lapis Astro, Kek Pangako Sa yo, Kek Diamond, Kek Sri Balas, Kek Lapis Aceh, Kek Lapis Bunga Tulip, Kek Lapis Sutera Lagenda, Kek Mami Jarum, Kek Puak Kumbu