Wednesday 13 January 2010

Roti, Kek dan Pastri - Norani Sidek

Tajuk Buku : Roti, Kek dan Pastri
Editor: Norani Sidek
Penerbit : Utusan Publications & Distributions
Mukasurat : 205 halaman
Cetakan Pertama : 1999
ISBN : 9676107522
Harga : RM 46.50
Pos :

Sinopsis Buku :
Pernah mencuba tetapi gagal? Kek bantat, roti tidak naik atau pastri terlalu peroi? Jangan bimbang kerana buku ini menyediakan semua resipi yang sudah diuji jadi. Resipi-resipi yang dikemukakan terhasil daripada gabungan pengalaman penulis dan rujukan mendalam yang kemudiannya diubahsuai. Jadi anda tidak perlu ragu sama ada masakan anda bantat atau tidak naik apabila mencuba resipi-resipi dalam buku ini.

Selain resipi, buku ini juga mengandungi panduan lengkap memasak roti, kek dan pastri. Bagi bahan-bahan yang sukar diperoleh buku ini mencadangkan bahan-bahan tempatan yang mudah didapati. Ketahuilah kesalahan-kesalahan yang biasa dilakukan sehingga menyebabkan masakan anda tidak menjadi dan cara-cara mengatasinya.

Sebagai bonus, buku ini turut memuatkan cara-cara menghias kek, menyediakan sos manis, biskut dan aiskrim. Segalanya yang anda bayangkan apabila menyebut tentang roti, kek atau pastri!

Penulis Norani Sidek ialah Pensyarah Kanan Kajian Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Institut Teknologi Mara (ITM) menujukan buku ini khusus buat para pelajar Kajian Pengurusan Hotel dan Pelancongan. Buku ini juga sesuai dijadikan rujukan oleh pelajar Ekonomi Rumah Tangga; ahli masakan profesional atau amatur; mereka yang berminat dalam bidang masakan dan ingin memperbaiki atau menambah pengetahuan serta koleksi masakan mereka.

1 comment:

  1. Boleh saya nak beli buku ini. Ini no gmail saya. mazihahassan@gmail.com.my

    ReplyDelete