Wednesday 13 January 2010

Sajian, Keraian, Perancangan, Penyediaan & Resepi - Noraini Sidek

Tajuk Buku : Sajian, Keraian, Perancangan, Penyediaan & Resepi
Editor: Noraini Sidek
Penerbit : Utusan Publications & Distributions
Mukasurat : 371 halaman
Cetakan Pertama : 2004
ISBN : 967611507x
Harga : RM 49.90

Sinopsis Buku :
Sajian Keraian, Perancangan, Penyediaan & Resepi menyediakan panduan untuk membantu anda membuat perancangan dan pengendalian apa jua jamuan-sama ada sempena rumah terbuka, makan malam atau high-tea secara formal ataupun tidak. Setiap majlis dicadangkan hidangan yang sesuai, namun anda boleh mengubahsuai mengikut cita rasa sendiri. Di samping itu buku ini juga memuatkan pelbagai resipi seperti lauk-pauk, kuih-muih, biskut, puding dan minuman.

Buku ini amat sesuai bagi suri rumah tangga, peniaga, pelajar dan mereka yang berminat dalam bidang masakan. Semua resipi yang disediakan telah diuji dan mudah disediakan. Ia juga dipenuhi dengan gambar berwarna di atas kertas bermutu bagi setiap biskut dan kek yang dinyatakan.

Isi Kandungan Buku :
Penyediaan Asas, Kaedah Merai Dan Peradapan Mengikut Majlis Keramaian, Jenis-jenis Lipatan Napkin, Buffet, Peradaban Meja Mengikut Majlis Keraian, Makan Malam Ala Barat, High Tea, Bufet Antarabangsa, Steam Boat, Rumah Terbuka Aidilfitri, Hidangan Mesra Wanita, Majlis Pertunangan, Hiasan Meja Pengantin, Barbeku, Majlis Hari Ulang Tahun Kanak-kanak, Pilihan-pilihan, Hidangan Untuk Sarapan Pagi Secara Bufet, Majlis Doa Selamat, Makan Malam Ala Cina, Resepi Pelbagai

No comments:

Post a Comment